
Sebelum ni saya TAK BOLEH MENGAJI..Setelah belajar di sini saya MAMPU MENGAJI DAN JUGA MENGAJAR anak isteri saya dirumah..
Modul ISTIMEWA dari MYQURANHUB

Program Asas Al-Quran membantu pelajar belajar al-quran dari zero. Pengalaman hampir 10 tahun , Myquranhub telah membantu lebih 1000 orang mengenal huruf sampai membaca al-quran
PROGRAM KELAS PENGAJIAN
Kenali Kami
Kami Menawarkan Khidmat Kelas Al-Quran Dewasa Bermula Dari Peringkat Asas Mengenal Huruf Hingga Ke Peringkat Tadabbur Berpandukan Modul Yang Komprehensif.
Pemilihan modul keluaran Myquranhub adalah kerana modul ini telah berjaya membantu ribuan pelajar khasnya dewasa dalam menguasai tahap pembelajaran bermula dari asas. Khidmat latihan kepada tenaga pengajar secara profasional juga turut disediakan bagi meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam menggunakan modul tersebut.
Dengan menyediakan jadual kelas yang mesra kepada individu bekerja, ia memudahkan para pelajar memberi komitmen penuh sehingga berjaya menguasai setiap tahap yang akan dilalui nanti.
Para pelajar juga mendapat kelebihan kerana di Pusat Pengajian kami turut disediakan kelas - kelas pilihan yang lain seperti Bengkel Rukun Qauli (bacaan - bacaan rukun dalam solat) dan kelas Tadabbur Ayat Al-Quran.
Semoga pengenalan anda dengan kami akan menjadi satu persaksian terhadap usaha mempelajari kitab suci Al-Quran dan menempatkan kita dari kalangan orang yang terbaik seperti sabda Nabi SAW daripada Uthman bin Affan RA :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)]

PERUNDING MODUL MYQURANHUB
Mu'allim Nihad berkelulusan Bidang Pengajian Islam dari University Al-Bayt, Jordan dan lebin 10 tahun mengendalikan kelas Al-Quran untuk dewasa
Hubungi Kami
3A, Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai Ipoh, Perak, Malaysia 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
+60 18-965 4193 (Mu'allim Nihad)

